MY JOURNAL..MY TRAVEL

...Kehidupan yang semakin mencabar, memerlukan kepada kesabaran dan keyakinan..

Monday, December 13, 2010

..TAMATnya BENGKEL UNDANG-UNDANG

Akhirnya tamat bengkel semakan undang-undang pihak berkuasa tempatan, banyak perkara yang dibincangkan untuk memastikan undang-undang PBT dapat diterima pakai.

Ada beberapa perkara yang ditekankan terutama yang berkaitan dengan UUK Haiwan merayau dan berkaitan dengan tatatertib..

Petang dah tak tahu nak buat...so buka blog...buat cerita sikit, karang ingat nak keluar kejap pergi tengok wayang kot, tak pun turun shah alam sekejap dengan member...bole jalan2 sambil teringat kisah2 lama masa study kat sana, ada dekat setahun dah tak pergi shah alam..

Masa-masa mcm ni..teringat dekat wife!...apa yang tengah dibuat sekarang..makan kot..hihihi, jangan mare sayang. Bulan 2 ni insya allah, aku akan bergelar bapa..nama 'baby' dah ada..aku mendoakan agar isteriku selamat melahirkan cahaya mata..

Aku pandang dekat luar tingkap..lihat KUALA LUMPUR dari tempat yang tinggi, nampak  menarik juga..penuh dengan bangunan tinggi, teringat masa zaman mula2 sampai KUALA LUMPUR dulu, masa tu umurku baru 6 tahun..sekolah tadika lagi..betapa pada masa itu aku terkejut melihat bangunan yang tinggi melangit, ibarat macam tak pernah tengok...bila di kenang nak tergelak rasanya...

Sekarang KUALA LUMPUR dah berubah..dulu tak sesak...sekarang sesak...bole kata tiap2 hari bunyi siren...kenderaan dan mcm2 lagi, kalu cerita dekat sini memang tak habis..
 
Kat sini tambah sikit, pasal gambar yang aku amik masa pergi PULAU REDANG dulu..nanti ada sikit cerita pasal PULAU REDANG, adalah sikit shoot yang diambil...of course pergi dengan my wife..k, kalu nak tahu cerita REDANG kenalah sabar..

GAMBAR di ambil semasa pergi ke PULAU REDANG

Dalam BOAT

Dah dekat nak sampai dekat PULAU redang

Masa nak turun dari jeti
ok..lah, nak gerak dulu, nak pergi jalan2...menikmati..asap kenderaan dan yang sewaktu dengannya..

No comments:

Post a Comment